Pada 28 November 2015 yang lalu, kami telah diberikan satu tugasan oleh pensyarah kami, Puan Fatin Hazwani, untuk melakukan satu kajian kes untuk mengenalpasti bentuk-bentuk komunikasi yang terdapat dalam kalangan ahli-ahli persatuan atau apa sahaja kelab yang berdaftar. Kami juga telah diminta untuk sentiasa meng'update' tentang apa yang telah kami lakukan mengenai tugansa tersebut, setiap kali terdapatnya apa-apa perbincangan atau tindakan yang dilakukan.
Selain itu, untuk tugasan ini kami juga telah diminta untuk; 1) mengenalpasti bentuk kepimpinan yang diamalkan, 2) pemikiran ahli-ahli persatuan tersebut, samada kreatif atau kritis, 3) penyelesaian maslaah yang diamalkan oleh ahli organisasi serta 4) bandingkan dapatan kami daripada segi pengetahuan, kepakaran, dan persepsi kami sendiri.
Kami juga telah diminta untuk membuat satu proposal yang mana proposal tersebut akan menggariskan gerak kerja kami dan hasil perbincangan kami semua.
Ahli kumpulan kami terdiri daripada 5 iaitu; Joshua Peh Jian Ren, A'lia Najwa, Lim Hang Mei, Aiza Safura, dan Lim Kai Xin.
Kami semua telah bercadang untuk membuat tugasan ini berdasarkan organisasi terpenting di kolej kami sendiri (Kolej Tun Syed Nasir), iaitu Majlis Eksekutif Pelajar.
Setakat ini, kami masih belum membincangkan secara teliti mengenai apa yang akan kami lakukan. Kami pasti akan update lagi mengenai gerak kerja kami secara beransur-ansur.
Published by: Aiza
No comments:
Post a Comment