Sunday, 29 November 2015

Interview Bersama MEP Kebajikan & Keselamatan

Bagi kursus  LMCK1062 Pembangunan Diri II, kami diberikan tugasan untuk menemubual sesuatu organisasi tentang cara berkomunikasi dalam organisasi tersebut. Kami sebulat suara memilih Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Syed Nasir sebagai organisasi untuk ditemuduga. MEP merupakan satu majlis yang menjadi penghubung antara para pelajar kolej dengan Pentadbiran KTSN.

Kami telah mengadakan satu temubual dengan salah seorang ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Syed Nasir iaitu Cik Firzanah Binti Baso pada 23 November 2015. Cik Firzanah Binti Baso memegang jawatan Exco Kebajikan dan Keselamatan Mahasiswi dalam MEP. Berikut merupakan rumusan tentang temubual tersebut.

Tarikh                             : 23/11/2015
Tempat                           : Bilik Cik Firzanah Binti Baso
Tajuk                              : Cara Berkomunikasi antara Ahli MEP
Pewawancara                 : Aiza Safura Binti Ibrahim
Pemberi Wawancara       : Cik Nurul Firzanah Binti Baso
Pencatat                          : Lim Kai Xin

Keadaan Temu Bual

Aiza    : Assalamualaikum, nama saya Aiza Safura Binti dan ini rakan saya Lim Kai Xin. Hari ini kami ingin menemubual dengan Cik Firzanah (Fir) tentang cara berkomunikasi antara ahli MEP. Setahu kami, Cik Fir merupakan Exco Kebajikan dan Keselamatan Majlis Eksekutif Pelajar. Jadi saya ingin bertanya, bagaimanakah ahli-ahli MEP berkomunikasi sesama ahli?

Fir    : Terima kasih sebab menemuduga saya. Kami (ahli-ahli MEP) bergantung banyak kepada aplikasi Whatsapp untuk berkomunikasi antara satu sama lain kerana sesetengah ahli MEP melibatkan diri dalam organisasi dan aktiviti lain. Hal ini mengakibatkan mereka sibuk dan mungkin tidak dapat meluangkan masa untuk membincangkan sesuatu perkara dengan mengadakan mesyuarat setiap kali. Tetapi, apabila kita menghadapi masalah atau perkara yang serius perlu dibincangkan dengan segera, kami akan cuba berkumpul satu meja untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, secara tidak formal, semasa kami berjumpa di kafeteria atau mana-mana pun, kami juga boleh berbincang sekiranya ada masa.

Aiza  : Selain daripada aplikasi Whatsapp, apakah medium yang digunakan oleh ahli-ahli MEP untuk berkomunikasi?

Fir    : Kami juga mengunakan Facebook untuk berkomunikasi antara ahli-ahli kumpulan. Media ini digunakan untuk memberi pengumuman yang sangat penting dan juga untuk berkongsi dokumen yang penting. Sebab kalangkala ahli-ahli MEP tidak nampak mesej di Whatsapp dan ada yang tidak tengok Whatsapp. Kami juga mengunakan Facebook untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar KTSN. Selain itu, kami juga mengunakan orang tengah seperti Ketua Blok, Ketua Aras dan Setiausaha Khas untuk berkomunikasi.

Aiza  : Jadi antara semua medium yang digunakan, yang manakah yang paling berkesan untuk berkomunikasi sesama ahli MEP?

Fir    : Bagi saya, Whatsapp adalah media yang paling efektif untuk berkomunikasi sesama ahli MEP sebab ia dapat menyampaikan sesuatu mesej dengan cepat.

Aiza  : Dalam kalangan ahli-ahli MEP, terdapatkah ahli yang mempunyai masalah berkomunikasi? Bolehkah Cik Firzanah terangkan masalahnya?

Fir    : Ada. Terdapat ahli yang amat pasif contohnya semasa kami berkomunikasi dengan menggunakan Whatsapp, ada ahli-ahli yang hanya baca tanpa memberi respon ataupun pandangan. Ada juga yang lambat balas walaupun sudah membaca mesej yang disampaikan.

Aiza  : Jadi kalau seseorang ahli tidak memberi respon dalam Whatsapp adakah ia bermaksud ahli tersebut tidak menjalankan tugasnya?

Fir    : Bagi saya, ahli itu bukan tidak melakukan tugasnya tetapi dia kurang bertanggungjawab terhadap tugasnya.

Aiza  : Adakad terdapat masalah yang lain selain yang disebutkan tadi?

Fir    : Ada. Banyak program telah dan akan kami jalankan. Masalahnya timbul apabila seseorang exco tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut. Kami perlu sentiasa memerhatikannya supaya dia menjalankan tugasnya dan program itu boleh dijalankan dengan lancar. Ini merupakan sikap yang yang tidak patut ada pada seorang ahli MEP.

Aiza  : Saya ingin bertanya tentang Majlis Makan Malam kolej tahun lepas. Setahu saya, Majlis Makan Malam tersebut tidak terjadi dan telah bertukar kepada Majlis Makan Tengah Hari kerana menghadapi sesuatu masalah. Bagaimanakah ahli-ahli berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Fir    : Saya belum menjadi ahli MEP semasa perkara tersebut berlaku tetapi saya merupakan ahli organisasi majlis tersebut. Sekiranya kita menghadapi sebarang masalah, kami akan berbincang dengan Majlis-majlis Tertinggi ataupun Pengetua sebelum membuat sesuatu keputusan. Kami juga mengemukakan pelbagai rancangan sebagai backup supaya majlis boleh dijalankan dengan lancar. Di samping itu, kami banyak menggunakan pangilan talian atau e-mail untuk menjemput Timbalan Naib Chanselor untuk menghadirkan diri dalam majlis tersebut. Media ini juga digunakan untuk berkomunikasi dengan orang atasan dan juga pihak yang menyediakan tempat dan makanan. Disebabkan kami lambat menyediakan kertas kerja, kami gagal menjalankan majlis tersebut pada masa makan malam jadi kami menjalankannya pada tengah hari. 

Aiza  : Adakah masalah itu berlaku disebabkan pengerusi program tersebut?

Fir    : Pengerusi memang mempunyai tanggungjawab terhadap masalah tersebut sebab dia hanya memberi arahan dan tidak memantau anak-anak buahnya semasa merancang program tersebut. Ini mengakibatkan banyak masalah-masalah kecil timbul sehingga masalah itu tidak dapat diselesaikan. Selain itu, ada juga exco yang suka melakukan kerja pada saat-saat akhir.

Aiza  : Kalangkala terdapat ketua yang tidak menerima pandangan orang lain. Oleh itu, bagaimanakah Cik Firzanah memujuk ketua anda untuk menerima pandangan anda?

Fir    : Saya selaku Exco Kebajikan dan Keselamatan Mahasiswi MEP, sekiranya perkara ini berlaku, saya akan cuba juga untuk menyakinkan ketua saya. Sekiranya saya gagal, saya akan menyakinkan timbalannya dan juga felo supaya mereka boleh membantu saya untuk memujuk ketua saya.

Aiza  : Sekiranya masalah seperti ini berlaku, adakah ini menjejaskan reputasinya sebagai seorang ketua? Mengapa?

Fir    : Bagi saya, ya. Sebab dia menganggap dia sahaja yang betul dan menganggap pandangan orang lain tidak begitu bijak. Dia tidak mempunyai pemikiran yang terbuka untuk menerima pandangan orang lain.

Aiza  : Jadi macam mana Cik Firzanah menghadapinya?

Fir    : Saya akan Whatsapp dia sekiranya saya tidak bersetuju dengannya.

Aiza  : Bagaimanakah ketua MEP berkomunikasi dengan anak-anak buahnya?

Fir    : Ketua MEP akan tengok pada keadaan. Semasa membincang sesuatu yang serius, dia akan menggunakan nada yang serius. Manakala semasa berbincang biasa, dia akan memastikan suasana itu selesa dengan menggunakan sedikit humor dan sebagainya.

Aiza   : Itu sahaja daripada kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temu bual ini.

Fir    : Sama-sama.

Typed by: Happy
Published by: Aiza

No comments:

Post a Comment