Kumpulan kami telah bercadang untuk menjadikan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Syed Nasir sebagai sumber rujukan kami dalam melaksanakan tugasan ini.
Kami telah menetapkan beberapa kaedah yang perlu kami lakukan untuk menyiapkan tugasan ini iaitu; yang paling utama, menemubual beberapa ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP). Kaedah ini membolehkan kami untuk berinteraksi secara berhadapan dengan ahli MEP dan mendapatkan pendapat mereka mengenai tugasan kami, serta memberikan feedback yang kami inginkan.
Soalan-soalan yang bakal kami bertanyakan adalah mengenai komunikasi yang biasa mereka gunakan sewaktu bekerja sesama ahli MEP, serta medium komunikasi yang kerap mereka gunakan (cth: Whatsapp, Facebook, etc) untuk berkomunikasi dan berbincang mengenai sesuatu perkara.
Kami juga akan bertanyakan pendapat mereka mengenai pentadbiran MEP semasa menjalankan tugas; adakah terdapat apa-apa kelemahan dan sekiranya ada, kenapa kelemahan itu berlaku dan sebagainya.
Kelemahan dalam menggunakan kaedah ini adalah, ahli MEP yang ditemubual tersebut mungkin tidak akan menceritakan dengan lebih detail kepada kami tentang soalan-soalan yang ditanyakan. Selain itu, mereka juga pasti akan menjaga nama baik MEP semasa ditemubual.
Kebaikan menggunakan kaedah ini adalah, apa-apa sahaja dapatan kajian kami, adalah berdasarkan orang sumber yang boleh dipercayai, dan sumber yang sahih. Oleh itu, kami tidak akan dikatakan sebagai menuduh atau memfitnah sesiapa yang berkaitN dalam kajian kes kami ini. Selain itu, ia juga menjadi satu kemudahan untuk terus directly bercakap dengan ahli MEP sendiri, berbanding menulis dapatan kajian kami berdasarkan pendapat dan khabar angin semata-mata
Selain daripada temubual, kami juga bercadang untuk memerhatikan gerak kerja mereka melalui Facebook, serta dengan memerhatikan mereka sewaktu adanya program kolej yang dijalankan dalam masa yang terdekat dan sebagainya.
Sekian sahaja daripada kami. Terima kasih.
Published by: Joshua
No comments:
Post a Comment