Beberapa ahli kumpulan kami telah mula mengambil inisiatif dalam menemubual ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KTSN sepanjang seminggu ini. Hasilnyanadalah sangatlah memuaskan hati dan kami juga sangat berterima kasih kepada ahli MEP yang sudi melupangkan masa mereka supaya kami boleh menjalankan interview ini.
Kelemahan sepanjang melaksanakan tugasan ini mungkin berpunca daripada susahnya untuk kami mencari waktu yang sesuai supaya ahli MEP yang kami akan interview tersebut, juga tidak mempunyai meeting atau apa-apa yang penting yang mungkin mengehadkan kami untuk menjalankan temubual ini. Selain itu, aktiviti temubual ini hanyalah dijalankan di bilik ahli MEP itu sendiri. Walaupun kelihatan agak tidak formal, namun hal ini adalah diutamakan kerana kami tidak ingin orang luar untuk terdengar perbualan kami; hal yang ditemubual mungkin adalah sesuatu yang peribadi yang ahli tersebut tidak mahu orang luar mengetahuinya.
Kekuatn kami dalam menjalankan aktiviti temubual ini adalah, apa-apa sahaja yang kami telah bualkan, telah kami rekodkan dalam telefon pintar, dan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang menginginkan bukti kukuh mengenai perbualan kami, kami boleh sahaja memberikan mereka dengar audio tersebut.
Sekian sahaja daripada kami. Kami akan memastikan untuk mengupdate mengenai hasil temubual kami di blog ini. Sekian terima kasih.
Published by: A'lia
No comments:
Post a Comment