Saturday, 28 November 2015

Interview Bersama MEP Sukan

Interview

Ahli Kumpulan.  : A'lia Najwa, Hang Mei
Ahli MEP            : Yang Adlina

                Pada hari Rabu yang lalu(25/11/2015), saya dan A'lia Najwa telah menjalankan temubual dengan Yang Adlina (MEP sukan) di biliknya. Saya ditugaskan untuk merekodkan temu bual manakala A'lia bertanya soalan kepadanya dan membuat rekod. Terdapat lapan soalan yang telah kami bincangkan sebelum membuat temu bual denganya. Temu bual ini telah dijalankan selama 30 minit. Dia amat memberi kerjasama kepada kami dengan menjawab soalan sepenuhnya.

                Pertamanya, Adlina memberitahu kami  bahawa MEP akan menggunakan whatsapp, facebook dan email untuk berkomunikasi. Antaranya, whatsapp adalah sosial media yang paling kerap digunakan kerana paling efektif. Mereka sentiasa mengadakan mesyuarat walaupun kadangkala melibatkan dua individu sahaja kerana sentiasa mempunyai isu-isu yang perlu diselesaikan secepat mungkin dan dibanteras sehingga ke akar umbi.Mereka selalu melakukan sesuatu yang terbaik untuk kebajikan pelajar.
 
               Semasa berkomunkasi, kami mengetahui bahawa MEP mempunyai komunikasi yang baik antara  mereka. Mereka akan sentiasa segera memberi balas dalam whatsapp. Memang semua orang akan menjawab soalan yang melibatkan bahagian mereka dan tak ada ahli yang tidak memberi respons. Mereka mungkin lewat membalas mesej kerana ahli MEP  Tahun  3, 4 dan 5 akan sangat sibuk dengan sesi klinikal mereka.

             Dalam konteks bahasa, mereka tidak ada masalah bahasa dengan ahli MEP yang berasal dari Sabah dan Sarawak. Mereka tidak mempunyai masalah kesalahan faham atau mendapat arahan yang tidak jelas. Seterusnya, mereka amat menitikberatkan isu bas yang sentiasa menjadi masalah pelajar untuk pergi ke fakulti dan BYS. Sekiranya mereka mendapati pelajar beratur panjang untuk menunggu bas ke fakulti dan BYS. Mereka akan mengambil tindakan segera dan membuat aduan dengan Encik Raduan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

           Di samping itu, mereka mempunyai  cara komunikasi yang baik dengan pihak atasan. Mereka akan berkomunikasi melalui whatsapp. Pihak pentadbiran juga memberi kerjasama dan sentiasa membalas mesej secepat mungkin. Mereka juga akan menghadiri mesyuarat yang diadakan kecuali mempunyai aktiviti  yang diadakan di DTSN dengan pihak luar. Adlina juga memberitahu kami bahawa dia akan merujuk kepada bekas ahli MEP jika mempunyai masalah mengenai isu sukan.
Semasa bermesyuarat, mereka akan mencari MEP yang lain untuk menghadiri mesyuarat sekiranya mempunyai kelas di Bangi atau akitviti lain.Mereka memang kooperatif dalam menjalankan tugas mereka dan membawa  kebajikan dan perkhidmatan yang terbaik untuk pelajar.

         Pada pendapat saya, cara  komunikasi amat  penting dalam menentukan kejayaan sesuatu organisasi. Jika kami mempunyai cara komunikasi yang berkesan, tentulah semua tugasan yang diberikan dan diamanahkan akan dilaksanakan dengan lancar.
           
Published by: Mei

No comments:

Post a Comment