Monday, 7 December 2015

REFLEKSI INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH                      : JOSHUA PEH JIAN REN
NOMBOR MATRIK                        : A148553


                Selepas hampir satu semester dalam menyiapkan projek pembangunan diri ini, saya telah mempelajari banyak dan menjadi lebih matang dalam banyak aspek. Saya amat bersyukur kerana dapat mengendalikan projek ini bersama-sama rakan seperjuangan saya yang efisien dan kreatif ini.

            Pada mulanya, apabila Puan Fatin memberikan tugasan ini kepada kita, kami rasa bahawa projek ini agak susah kerana blog-blog memerlukan penglibatan yang aktif daripada semua ahli supaya blog ini berjaya dan dikemas kini sentiasa. Namun, selepas beberapa bulan kumpulan kita ini berkerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengendalikan blog ini, saya amat berpuas hati dengan setiap ahli kita kerana usaha daripada semua.

            Cara berkomunikasi antara ahli ialah melalui pertemuan dan juga applikasi telefon bimbit seperti ‘Whatsapp’. Sepanjang tempoh berkomunikasi ini dengan semua ahli, kita tidak pernah pun sekali bergaduh antara satu sama lain. Ini disebabkan oleh sikap toleransi dan kesabaran yang tinggi yang dimiliki oleh setiap ahli ini dan kita menyelesaikan masalah dengan bantuan antara satu sama lain dan bukannya bertindak secara ‘solo’. Secara singkat, perpaduan teras kejayaan merupakan elemen yang terpenting dalam kejayaan projek ini dan cara komunikasi kita ini.

            Melalui sesi temu bual dengan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), kita dapat mempelajari tentang cara-cara sebuah organisasi mejalankan tugas, cara komunikasi yang efektif dalam kalangan ahli dan juga acara-cara mereka mengendalikan krisis. Saya berasa bahawa barangkali pelajar-pelajar dan penghuni Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) tidak menghargai usaha-usaha ahli MEP ini. Kebanyakan kali kita amat mudahnya mengeluarkan keburukan dan kesilapan orang lain. Tidak banyak kali yang kita memuji dan menghargai jasa-jasa baik yang disumbangkan oleh orang lain terutamanya ahli MEP ini. Melalui temu bual ini, saya akan berazam untuk menunjukkan penghargaan saya terhadap ahli-ahli MEP dan juga beringin untuk memuji orang lain dengan benda yang baik yang dilakukan oleh mereka dan bukannya mengkritik dulu.

            Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Fatin, penyelaras untuk subjek pembangunan diri kita, ahli-ahli kumpulan kita, ahli-ahli MEP yang ditemu bual dan juga kepada semua yang telah menghulurkan bantuan kepada kita. Secara kesimpulan, kami telah belajar banyak dalam usaha kita mengendalikan blog ini dan projek ini dan saya berharap pendapatan kita ini dapat menyumbang kepada lebih banyak aktiviti dan tugasan dalam kehidupan kita. 

SESI TEMU BUAL DENGAN YDP MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ TUN SYED NASIR


Bagi kursus  LMCK1062 Pembangunan Diri II, kami diberikan tugasan untuk menemubual sesuatu organisasi tentang cara berkomunikasi dalam organisasi tersebut. Kami sebulat suara memilih Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Syed Nasir sebagai organisasi untuk ditemuduga. MEP merupakan satu majlis yang menjadi penghubung antara para pelajar kolej dengan Pentadbiran KTSN.

Kami telah mengadakan sebuah sesi temu bual dengan Yang Di-Pertua untuk Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) untuk mengetahui dan mengenali cara kepimpinan beliau dalam mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan MEP. Sesi ini dikendalikan oleh Joshua Peh. 

Tarikh                             : 6/12/2015
Tempat                           : Hospital UKM
Tajuk                              : Cara Kepimpinan dan cara berkomunikasi antara Ahli MEP
Pewawancara                 : Joshua Peh Jian Ren
Pemberi Wawancara       :Wan Muhammad Nazrul Fitri bin Wan Azhar
Pencatat                          : Joshua Peh Jian Ren

Sesi tersebut adalah seperti berikut:

Joshua         : Selamat Pagi dan Salam sejahtera Encik Wan, nama saya Joshua Peh Jian Ren dari Fakulti Pergigian dan saya berasa amat gembira Encik Wan sudi menerima temu bual kita. Soalan yang pertama, sebagai kesuluruhannya, apakah bidang kuasa yang dikendalikan oleh ahli MEP dan amcam mana anda mengetuai MEP?

Encik Wan   : Selamat pagi dan terima kasih kerana sudi menemu bual saya. MEP ini bertugas untuk menjaga kebajikan murid-murid. Banyak isu yang kita kena kendalikan dan cara MEP bertugas sebagai sebuah pasukan adalah melalui ‘portfolio’. Sebagai contoh, portfolio Eksekutif Pembangunan Kerohanian dan Sivik, portfolio ini bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menjaga semua aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai persatuan di kolej. Pada masa yang sama, kita akan menjaga kebajikan dan kerohanian para pelajar. Isu yang terhangat pada masa kini ialah isu wifi di KTSN. So ini jatuh kepada portfolio Eksekutif ICT. Seperti yang tahu, Jaring telah menamatkan kontrak dengan kita dan kita terpaksa mencari kontrak yang baru kan? Jadi pihak Maxis ini telah bersetuju untuk menyumbang kepada perkhidmatan wifi kita tetapi ini mengambil masa yang panjang kerana ini menelan kos yang banyak. Jadi kita telah berbincang dengan felo, dengan pihak pengendalian di UKM Bangi untuk mempercepatkan proses. Jika melibat projek yang lebih besar maka kita akan berbincang dalam satu kumpulan dan bukannya sebagai ‘one man show’.

Joshua         : Sebagai Ketua MEP, macam mana Encik Wan mengatasi masalah komunikasi dengan pelajar, kritik dan sebarang sindiran secara efektif?

Encik Wan   : Sebagai MEP, kita bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan melalui ini benda-benda yang kita lakukan telah di bawah pantaun. Di bawah situasi macam ini, saya sebgai ketua MEP, saya mengigati kepada ahli-ahli MEP untuk bersikap tenang dan jangan membuat keputusan scara terburu-buru. Saya sentiasa menasihati kepada ahli-ahli MEP agar senyap dulu, biarlah emosi kita tenang dan barulah kita membuat kenyataan dengan cara yang ‘professional’ berdasarkan fakta-fakta yang nyata dan benar. Sebagai MEP, kita bukannya ingin menujukkan kesilapan mana-mana pihak, tetapi kita perlulah membantu setiap pelajar. Maka, apabila terjadinya konfusi dan masalah, kita berazam untuk menjadi solusinya kepada masalah tersebut.

Joshua         : Terima kasih Encik Wan atas keinginan untuk meluangkan masa untuk temu bual ini.

Encik Wan   : Sama-sama.


Refleksi diri oleh hang mei

REFLEKSI  DIRI
Nama: Lim Hang Mei
No matrik : A148447
Selepas kami menemubual ketiga-tiga ahli MEP, saya mendapati bahawa komunikasi amat penting dalam sesuatu organisasi atau kumpulan.Ini memerlukan kerjasama dan komitmen antara satu sama lain. Saya sangat gembira kerana kami bekerjasama menyiapkan tugasan ini dengan bertugkus lumus. Walaupun kami jarang mengadakan mesyuarat,tetapi segala proses berjalan dengan lancar.Aiza.Ini disebabkan kami sibuk dengan aktiviti masing-masing.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada ahli-ahli kumpulan saya. Seterusya, Aiza sentiasa mengambil inisiatif membahagikan tugas kepada kami manakala ahli kumpulan akan melaksanakan tugas dengan bertanggungjawabnya. 

        Di samping itu, media yang kami gunakan ialah whatsapp,facebook dan email. Pada pendapat saya, whatsapp memang selalu digunakan untuk menyampaikan mesej yang ringkas kerana cepat dan senang diakses. Facebook dan email adalah untuk muatnaik document dan tugasan yang telah kami laksanakan. Komunikasi yang berkesan memerlukan  interaksi daripada semua ahli kumpulan untuk mencapai objektif dan matlamat kami.

         Pada pendapat saya, kekuatan ahli kumpalan kami ialah memberi kerjasama yang jitu dalam melaksanakan tugas.Bukan itu sahaja, kami sentiasa akan mengambil inisiatif dengan mengetahui gerak kerja kami dan memahami apa yang telah kami lakukan. Saya akan sentiasa berbincang dengan ahli kumpulan saya,terutama Alia kerana kami diberi tugas menemu bual MEP sukan dan kami duduk di aras blok yang sama. Selain itu, kami akan memberi pendapat atau komen semasa Aiza bertanya sesuatu kepada kami. Semua ahli kumpulan juga akan mengingati ahli kumpulan yang lain sekiranya mereka lupa melakukan kerja mereka. Kelemahan kami mungkin tidak membalas mesej dalam whatsapp dengan segera kerana tidak dapat akses denganinternet yang disediakan di kolej kami. Ini juga menyebabkan kami mempunyai masalah untuk muat naik documen atau beromunikasi dengan ahli MEP untuk menetapkan masa untuk menemu bual. Walaupun begitu, kami berjaya mengendalikan tugasan yang diberi oleh PuanFatin atas kerjasama dan interaksi yang bagus antara kami. 

         Sekiranya kami mempunyai masalah ,kami akan melemparkan soalan dalam whatsapp supaya menyelesaikan masalah bersama-sama. Saya amat bersyukur kerana saya mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan dalam tugasan ini. Ini disebabkan saya buat pertama kami menemubual ahli MEP dan lebih memahami bagaimana mereka berkomunikasi dalam melaksanakan tugas mereka. Memang tidak dinafikan komunikasi yang berkesan amat penting dalam  melaksanakan sesuatu tugasan dalam organisasi dan kumpulan. Pada masa yang sama, tutur kata dan air muka  kami amat penting dalam mewujudkan komunikasi yang baik antara satu sama lain.
 \
          Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Fatin dan kepada ahli kumpulan saya kerana bersama-sama menyiapkan tugasan dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing dan memberi komitmen yang tinggi semasa melaksankan tugas kami.


Sekian,terima kasih

REFLEKSI 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Puan Fatin dan rakan-rakan. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Fatin kerana memberikan saya peluang untuk melibatkan diri dalam tugasan seperti ini.
Pertamanya, saya bersyukur kerana telah dapat peluang untuk sekumpulan dengan ahli kumpulan saya iaitu; A’lia, Happy, Joshua dan Mei. Mereka semua telah banyak memberikan komitmen sepanjang menjalankan tugasan ini.
Mengenai refleksi saya, kekuatan saya dalam menjalankan tugasan ini adalah; saya adalah antara yang pertama yang mengemukakan cadangan dan idea tentang cara untuk mengendalikan tugasan kami. Selain itu, saya telah secra sukarelanya mencipta emel dan blog khas untuk tugasan ini, supaya memudahkan ahli kumpulan saya yang lain. Tambahan lagi, sekiranya terdapat ahli kumpulan saya yang lain bertanyakan soalan mengenai tugasan ini, saya akan berusaha untuk membuat dia faham dengan mengemukakan beberapa cadangan serta memaklumkan dengan lebih jelas akan peranan masing-masing. Selain itu, sekiranya ahli kumpulan saya yang lain mempunyai idea lain ataupun komen mengenai apa yang saya lakukan, saya akan menerima teguran dan pandangan mereka secara terbuka dan berusaha untuk menjalankan tugas dan peranan saya sebaik yang mungkin.
Jika mengenai kelemahan saya pula, saya berpendapat kemudahan saya untuk mengakses ke Wifi kolej merupakan salah satu kelemahan saya. Hal ini menyebabkan kerja saya untuk mengupdate blog kami ataupun menghantar laporan mengenai kajian kami tergendala. Selain itu, saya juga terpaksa menggunakan Internet sendiri untuk melakukan perkara-perkara tersebut, dan hal ini juga sedikit membebankan kerana Internet mudah alih saya sebanarnya saya bercadang menggunakannya untuk membuat kerja-kerja lain. Selain itu, kelemahan saya mungkin adalah saya tidak terlalu tegas dengan diri sendiri. Hal ini dibuktikan apabila saya sering terlewat datang ke perjumpaan kami selama beberapa minit disebabkan saya ada sedikit mengambil mudah akan hal ini. Selain itu, jika terdapat ahli kumpulan saya yang lupa untuk melakukan peranannya dengan elok, saya tidak bertegas dengannya untuk meyatakan kepadanya apa yang septutnya dilakukan.
Saya tidak mempunyai apa-apa masalah besar atau ancaman sebelum, semasa dan selepas kajian ini dijalankan. Masalah kecil sepert terlewat datang ke perjumpaan atau terdapat ahli kumpulan yang tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna juga jarang berlaku. Perkara ini cuma berlaku di awal kajian kami. Selain daripada itu, semua aktiviti kami dijalankan dengan agak baik.
Peluang atau kebaikan yang saya peroleh melalui tugasan ini adalah saya mendapat pengalaman untuk menemubual ahli organisasi tertinggi bagi kolej saya. Selain itu, saya juga telah sedikit sebanya belajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan orang yang berjawatan; agar mereka menerima pelawaan kita untuk menemubual mereka, cara-cara untk bertanyakan soalan kepada mereka tanpa mengguriskan hati mereka dan juga tanpa ada apa-apa yang mungkin dapat mencemarkan nama baik organisasi mereka.

Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih.

Published by: Aiza Safura

Refleksi Individu


Nama                : Lim Kai Xin
No. Matrik        : A147821
Bagi kursus LMCR1062 Pembanguanan Diri II, kumpulan kami telah memilih Majlis Esekutif Pelajar (MEP) untuk temudaga tentang cara berkomunikasi sesama ahli-ahlMEP. Pihak MEP telah menjadi pilihan kami kerana MEP merupakan satu organisai yang amat besar yang menjadi orang tengah antara pelajar-pelajar dan pihak Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). MEP telah menyuarakan keperluan pelajar-pelajar KTSN dengan mengadakan perbincangan dengan pihak kolej. Dengan ini, banyak masalah pelajar telah diselesaikan. Saya amat bersyukur kerana diberi tugasan ini kerana dapat bertemu dengan ahli-ahli MEP dan juga memahami cara berkomunikasi mereka yang membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Sepanjang projek ini dijalankan, saya dapat kenal pasti beberapa kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan cara berkomunikasi.
Kekuatan cara berkomunikasi yang saya dapati pada ahli-ahli MEP ialah pengunaan media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan lain-lain sebagai media berkomunikasi antara pelajar-pelajar dengan ahli MEP. Voices of UKMKL merupakan group Facebook yang banyak digunakan oleh pelajar-pelajar untuk membuat aduan ataupun menyuarakan keperluan mereka. Ahli-ahli MEP sentiasa memberi perhatian ini untuk mengetahui masalah pelajar. Ini amat efektif kerana pelajar-pelajar dapat mengemukakan keperluan mereka walaupun tidak dapat bertemu dengan ahli-ahli MEP. Selain itu, ahli-ahli MEP akan mengadakan mesyuarat sekiranya ada masalah yang amat serius dan perlu diselesaikan dengan segera. Mereka sanggup memerluangkan masa untuk membincangkan perkara supaya masalah itu boleh diselesaikan. Di samping itu, talian dan juga email telah digunakan semasa berkomunikasi dengan pihak atasan. Hal ini demikian kerana ia amat formal dan dapat menunjukan keikhlasan mereka. Pendak kata, ahli-ahli MEP telah mengamalkan cara berkomunikasi yang baik dan berkesan.
Seterusnya, kelemahan yang dikenal pasti ialah sikap mementingkan diri yang boleh didapati dalam beberapa orang ahli MEP. Terdapat beberapa orang ahli MEP yang tidak mahu menghadiri mesyuarat ataupun memberi respond semasa mesyuarat. Sikap ini telah mengganggu komunikasi mereka dan menyebabkan tugasan tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan. Selain itu, terdapat juga ahli yang tidak berfikiran terbuka dan tidak mahu menerima cadangan orang lain. Ini akan mengakibatkan berlakunya pertengkahan antara ahli-ahli MEP. Media sosial yang digunakan oleh ahili MEP iaitu Facebook ataupun Whatsapp ada kelemahanya. Kadang-kala ahli MEP lambat menengok Facebook atau Whatsapp. Jadi, sesetengah ahli tidak mendapat maklumat terkini.
Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan di atas, terdapat cadangan penambah baikan yang sesuai untuk dilakukan. Hal ini untuk memastikan kesilapan yang sama tidak akan berulang. Pemilihan ahli MEP haruslah dijalankan dengan lebih tegas supaya ahli-ahli yang dipilih merupakan orang bertanggungjawab. Dengan ini, kerja-kerja boleh diselesaikan dengan baik dan cepat. Selain itu, ahli-ahli MEP harus mengamalkan amalam fikiran terbukan untuk menerima pandangan orang lain. Hail ini demikian kerana, kadang-kala cadangan orang lain lebih baik daripada pandangan sendiri. Ahli-ahli MEP juga perlu sentiasa memberi perhatian kepada Facebook dan Whatsapp mereka supaya mereka mendapat maklumat terkini. Ini amatlah penting kerana masalah emergency dapat diselesaikan dengan segera dan tidak menjadi masalah yang lebih serius.
Tuntasnya, saya amat bersyukur kerana diberi tugasan ini. Tugasan Pembanguan Diri II ini telah dijalankan dengan lancar sekali. Ahli kumpulan saya telah banyak memberi bantuan kepada saya sepanjang tugasan ini dijalankan, jadi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.

REFLEKSI INDIVIDU

     Dalam menjalankan aktiviti yang telah ditugaskan kepada saya oleh Puan Fatin, terdapat beberapa perkara yang dapat diambil nilai. Saya juga secara tidak langsung telah mempraktikkan cara-cara dan konsep berkomunikasi antara rakan-rakan sepasukan dan juga ahli organisasi yang telah saya dan rakan yang lain menemuduga. Puan Fatin pada awalnya telah menetapkan 5 orang dalam setiap kumpulan, namun apabila disemak kembali melalui i-Folio telah dinyatakan bahawa setiap kumpulan memerlukan 8 orang. Ini sedikit sebanyak menimbulkan kecelaruan kepada pelajar-pelajar. Kekeliruan ini telah diselesaikan apabila Puan Fatin membuat pembetulan semasa perjumpaan dengan beliau pada kali kedua.

     Semasa membentuk kumpulan, saya dan rakan-rakan yang lain tidak mempunyai apa-apa masalah kerana kami memang sudah mengetahui dan bersetuju untuk mempunyai ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Komunikasi dan juga pembahagian tugas antara ahli juga telah dilakukan dengan baik dan tanpa apa-apa masalah. Kami telah membuat kumpulan di Whatsapp supaya dapat berbincang serba sedikit berkaitan dengan tugasan ini. Secara keseluruhannya, saya dan rakan-rakan yang lain dapat bertolak ansur, dapat meluangkan masa dan memberi komitmen dalam melakukan tugasan yang diberikan.

     Dalam kursus Pembangunan Diri II ini, kelas yang melibatkan perjumpaan dengan tenaga pengajar iaitu Puan Fatin hanya 3 kali sahaja. Dalam jangka masa semasa tiada perjumpaan dengan Puan Fatin, komunikasi antara kami dengan beliau hanya melalui i-Folio. Semua pengumuman dan bahan-bahan kursus telah diberikan menerusi i-Folio. Sejujurnya, kebanyakan arahan dan pengumuman yang telah diberikan oleh Puan Fatin menerusi i-Folio adalah tidak jelas dan mengelirukan pada saya. Namun begitu, ini juga merupakan kesilapan saya sendiri kerana tidak bertanya tentang perkara-perkara yang menimbulkan kekeliruan ini kepada Puan Fatin.

     Tugasan yang diberikan ini memerlukan saya dan rakan-rakan yang lain mencari satu organisasi dimana kami perlu mengkaji mereka dari segi cara berkomunikasi dan memahami sejauh mana teori-teori Pembangunan Diri telah diaplikasikan dalam dunia sebenar. Organisasi yang telah dipersetujui oleh saya dan rakan-rakan untuk melakukan kajian ini ialah Majlis Eksekutif Pelajar (MEP). Organisasi ini telah dipilih kerana ada antara ahli-ahli organisasi tersebut merupakan rakan-rakan saya dan juga kenalan-kenalan saya dan rakan-rakan yang lain. Ini merupakan satu kelebihan yang dapat memudahkan lagi tugasan ini untuk dijalankan.

     Walaubagaimanapun, semasa melakukan aktiviti menemuduga ahli-ahli MEP, saya berasa sangat sukar untuk mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dengan mereka. Ini disebabkan oleh jadual kelas seharian saya yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Apabila sesi menemuduga tersebut ingin dilakukan pada waktu malam, sukar pula bagi ahli-ahli MEP kerana pada waktu tersebut mereka sangat sibuk dengan mesyuarat program-program kolej yang akan diadakan tidak lama lagi. Namun, perbezaan masa lapang bukanlah penghalang untuk melaksanakan tugas ini. Saya terpaksa mencuri sedikit waktu pada waktu pembelajaran supaya dapat menemuduga ahli MEP tersebut.

     Membuat blog dan sentiasa mengupdate entry yang baru dalam setiap gerak kerja saya ke dalam blog ini juga merupakan satu masalah bagi saya. Ini disebabkan oleh ketiadaan kemudahan wifi di kolej kediaman, seterusnya menyukarkan saya untuk sentiasa mengemaskini blog tersebut. Seorang daripada ahli kumpulan saya mengambil inisiatif dengan sentiasa mengemaskinikan blog ini termasuklah dalam membuat refleksi sebelum dan semasa tugasan. Jadi dalam hal ini, tidak mempunyai access kepada Internet merupakan salah satu kekurangan saya dalam menjalankan tugasan ini.

Written by A'lia Najwa Bt Muhammad

Saturday, 5 December 2015

Hari Menerima Tugasan Kedua (2 Disember 2015)

Pada 2 Disember yang lepas, pensyarah kami, Puan Fatin, telah memberikan kami tugasan baru untuk disiapkan; iaitu persediaan pembentangan dengan menggunakan slideshow serta laporan mengenai kajian kami.

Kami telah diminta untuk membentang mengenai apa-apa sahaja berkaitan dengan kajian kami, selama hanya 10 minit. Selain itu, kami juga diminta untuk menyiapkan ketiga-tiga refleksi dan lampirkan kesemua refleksi tersebut di dalam laporan kami. Refleksi pertama dan kedua dibuat secara berkumpulan, (yang mana kumpulan kami telah siapkan) manakal refleksi ketiga pula dibuat secara individu. 

Laporan kami juga boleh dibuat mengikut kreativiti setiap kumpulan. Bagi kumpulan Runningkidz, kami telah membahagikan tugas sesama ahli kumpulan. Joshua akan membuat sideshow dan akan menjadi in charge bagi sesi pembentangan pada 9 Disember 2015 ini, manakala semua ahli kumpulan yang lain pula akan menyiapkan laporan, dan semua dokumen tersebut akan dikumpulkan oleh Happy. 

Kami akan memastikan untuk menyiapkan tugasan ini sebaik yang mungkin. 

Sekian terima kasih. 

Published by: Aiza

Wednesday, 2 December 2015

Sesi Interview Bersama Exco Kebajikan dan Keselamatan

Gambar-gambar yang telah diambil bersama Cik Firzanah binti Baso, pelajar Pergigian Tahun Dua, sewaktu sesi temubual bersamanya pada 23 November 2015.

Happy bersama Firzanah


Aiza bersama Firzanah


   Dari kiri: Happy, Aiza dan Firzanah, setelah selesai sesi temubual.


Published by: Happy