Monday, 7 December 2015

REFLEKSI INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH                      : JOSHUA PEH JIAN REN
NOMBOR MATRIK                        : A148553


                Selepas hampir satu semester dalam menyiapkan projek pembangunan diri ini, saya telah mempelajari banyak dan menjadi lebih matang dalam banyak aspek. Saya amat bersyukur kerana dapat mengendalikan projek ini bersama-sama rakan seperjuangan saya yang efisien dan kreatif ini.

            Pada mulanya, apabila Puan Fatin memberikan tugasan ini kepada kita, kami rasa bahawa projek ini agak susah kerana blog-blog memerlukan penglibatan yang aktif daripada semua ahli supaya blog ini berjaya dan dikemas kini sentiasa. Namun, selepas beberapa bulan kumpulan kita ini berkerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengendalikan blog ini, saya amat berpuas hati dengan setiap ahli kita kerana usaha daripada semua.

            Cara berkomunikasi antara ahli ialah melalui pertemuan dan juga applikasi telefon bimbit seperti ‘Whatsapp’. Sepanjang tempoh berkomunikasi ini dengan semua ahli, kita tidak pernah pun sekali bergaduh antara satu sama lain. Ini disebabkan oleh sikap toleransi dan kesabaran yang tinggi yang dimiliki oleh setiap ahli ini dan kita menyelesaikan masalah dengan bantuan antara satu sama lain dan bukannya bertindak secara ‘solo’. Secara singkat, perpaduan teras kejayaan merupakan elemen yang terpenting dalam kejayaan projek ini dan cara komunikasi kita ini.

            Melalui sesi temu bual dengan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), kita dapat mempelajari tentang cara-cara sebuah organisasi mejalankan tugas, cara komunikasi yang efektif dalam kalangan ahli dan juga acara-cara mereka mengendalikan krisis. Saya berasa bahawa barangkali pelajar-pelajar dan penghuni Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) tidak menghargai usaha-usaha ahli MEP ini. Kebanyakan kali kita amat mudahnya mengeluarkan keburukan dan kesilapan orang lain. Tidak banyak kali yang kita memuji dan menghargai jasa-jasa baik yang disumbangkan oleh orang lain terutamanya ahli MEP ini. Melalui temu bual ini, saya akan berazam untuk menunjukkan penghargaan saya terhadap ahli-ahli MEP dan juga beringin untuk memuji orang lain dengan benda yang baik yang dilakukan oleh mereka dan bukannya mengkritik dulu.

            Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Fatin, penyelaras untuk subjek pembangunan diri kita, ahli-ahli kumpulan kita, ahli-ahli MEP yang ditemu bual dan juga kepada semua yang telah menghulurkan bantuan kepada kita. Secara kesimpulan, kami telah belajar banyak dalam usaha kita mengendalikan blog ini dan projek ini dan saya berharap pendapatan kita ini dapat menyumbang kepada lebih banyak aktiviti dan tugasan dalam kehidupan kita. 

No comments:

Post a Comment