Bagi kursus
LMCK1062 Pembangunan Diri II, kami diberikan tugasan untuk menemubual
sesuatu organisasi tentang cara berkomunikasi dalam organisasi tersebut. Kami
sebulat suara memilih Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Syed Nasir
sebagai organisasi untuk ditemuduga. MEP merupakan satu majlis yang menjadi
penghubung antara para pelajar kolej dengan Pentadbiran KTSN.
Kami telah mengadakan
sebuah sesi temu bual dengan Yang Di-Pertua untuk Majlis Eksekutif Pelajar
(MEP) untuk mengetahui dan mengenali cara kepimpinan beliau dalam mengendalikan
hal-hal yang berkaitan dengan MEP. Sesi ini dikendalikan oleh Joshua Peh.
Tarikh
: 6/12/2015
Tempat
:
Hospital UKM
Tajuk
: Cara Kepimpinan dan cara berkomunikasi antara Ahli MEP
Pewawancara
: Joshua Peh Jian Ren
Pemberi Wawancara
:Wan Muhammad Nazrul Fitri bin Wan Azhar
Pencatat
:
Joshua Peh Jian Ren
Sesi tersebut adalah
seperti berikut:
Joshua : Selamat Pagi dan Salam sejahtera Encik
Wan, nama saya Joshua Peh Jian Ren dari Fakulti Pergigian dan saya berasa amat
gembira Encik Wan sudi menerima temu bual kita. Soalan yang pertama, sebagai
kesuluruhannya, apakah bidang kuasa yang dikendalikan oleh ahli MEP dan amcam
mana anda mengetuai MEP?
Encik Wan : Selamat pagi dan terima kasih kerana
sudi menemu bual saya. MEP ini bertugas untuk menjaga kebajikan murid-murid.
Banyak isu yang kita kena kendalikan dan cara MEP bertugas sebagai sebuah pasukan
adalah melalui ‘portfolio’. Sebagai contoh, portfolio Eksekutif Pembangunan
Kerohanian dan Sivik, portfolio ini bertanggungjawab untuk mengendalikan dan
menjaga semua aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai persatuan di kolej. Pada
masa yang sama, kita akan menjaga kebajikan dan kerohanian para pelajar. Isu
yang terhangat pada masa kini ialah isu wifi di KTSN. So ini jatuh kepada
portfolio Eksekutif ICT. Seperti yang tahu, Jaring telah menamatkan kontrak
dengan kita dan kita terpaksa mencari kontrak yang baru kan? Jadi pihak Maxis
ini telah bersetuju untuk menyumbang kepada perkhidmatan wifi kita tetapi ini
mengambil masa yang panjang kerana ini menelan kos yang banyak. Jadi kita telah
berbincang dengan felo, dengan pihak pengendalian di UKM Bangi untuk
mempercepatkan proses. Jika melibat projek yang lebih besar maka kita akan
berbincang dalam satu kumpulan dan bukannya sebagai ‘one man show’.
Joshua : Sebagai Ketua MEP, macam mana Encik
Wan mengatasi masalah komunikasi dengan pelajar, kritik dan sebarang sindiran
secara efektif?
Encik Wan : Sebagai MEP, kita bertanggungjawab untuk
membuat keputusan dan melalui ini benda-benda yang kita lakukan telah di bawah
pantaun. Di bawah situasi macam ini, saya sebgai ketua MEP, saya mengigati
kepada ahli-ahli MEP untuk bersikap tenang dan jangan membuat keputusan scara
terburu-buru. Saya sentiasa menasihati kepada ahli-ahli MEP agar senyap dulu,
biarlah emosi kita tenang dan barulah kita membuat kenyataan dengan cara yang ‘professional’
berdasarkan fakta-fakta yang nyata dan benar. Sebagai MEP, kita bukannya ingin
menujukkan kesilapan mana-mana pihak, tetapi kita perlulah membantu setiap
pelajar. Maka, apabila terjadinya konfusi dan masalah, kita berazam untuk
menjadi solusinya kepada masalah tersebut.
Joshua : Terima kasih Encik Wan atas keinginan
untuk meluangkan masa untuk temu bual ini.
Encik Wan : Sama-sama.

No comments:
Post a Comment