Semasa membentuk kumpulan, saya dan rakan-rakan yang lain tidak mempunyai apa-apa masalah kerana kami memang sudah mengetahui dan bersetuju untuk mempunyai ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Komunikasi dan juga pembahagian tugas antara ahli juga telah dilakukan dengan baik dan tanpa apa-apa masalah. Kami telah membuat kumpulan di Whatsapp supaya dapat berbincang serba sedikit berkaitan dengan tugasan ini. Secara keseluruhannya, saya dan rakan-rakan yang lain dapat bertolak ansur, dapat meluangkan masa dan memberi komitmen dalam melakukan tugasan yang diberikan.
Dalam kursus Pembangunan Diri II ini, kelas yang melibatkan perjumpaan dengan tenaga pengajar iaitu Puan Fatin hanya 3 kali sahaja. Dalam jangka masa semasa tiada perjumpaan dengan Puan Fatin, komunikasi antara kami dengan beliau hanya melalui i-Folio. Semua pengumuman dan bahan-bahan kursus telah diberikan menerusi i-Folio. Sejujurnya, kebanyakan arahan dan pengumuman yang telah diberikan oleh Puan Fatin menerusi i-Folio adalah tidak jelas dan mengelirukan pada saya. Namun begitu, ini juga merupakan kesilapan saya sendiri kerana tidak bertanya tentang perkara-perkara yang menimbulkan kekeliruan ini kepada Puan Fatin.
Tugasan yang diberikan ini memerlukan saya dan rakan-rakan yang lain mencari satu organisasi dimana kami perlu mengkaji mereka dari segi cara berkomunikasi dan memahami sejauh mana teori-teori Pembangunan Diri telah diaplikasikan dalam dunia sebenar. Organisasi yang telah dipersetujui oleh saya dan rakan-rakan untuk melakukan kajian ini ialah Majlis Eksekutif Pelajar (MEP). Organisasi ini telah dipilih kerana ada antara ahli-ahli organisasi tersebut merupakan rakan-rakan saya dan juga kenalan-kenalan saya dan rakan-rakan yang lain. Ini merupakan satu kelebihan yang dapat memudahkan lagi tugasan ini untuk dijalankan.
Walaubagaimanapun, semasa melakukan aktiviti menemuduga ahli-ahli MEP, saya berasa sangat sukar untuk mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dengan mereka. Ini disebabkan oleh jadual kelas seharian saya yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Apabila sesi menemuduga tersebut ingin dilakukan pada waktu malam, sukar pula bagi ahli-ahli MEP kerana pada waktu tersebut mereka sangat sibuk dengan mesyuarat program-program kolej yang akan diadakan tidak lama lagi. Namun, perbezaan masa lapang bukanlah penghalang untuk melaksanakan tugas ini. Saya terpaksa mencuri sedikit waktu pada waktu pembelajaran supaya dapat menemuduga ahli MEP tersebut.
Membuat blog dan sentiasa mengupdate entry yang baru dalam setiap gerak kerja saya ke dalam blog ini juga merupakan satu masalah bagi saya. Ini disebabkan oleh ketiadaan kemudahan wifi di kolej kediaman, seterusnya menyukarkan saya untuk sentiasa mengemaskini blog tersebut. Seorang daripada ahli kumpulan saya mengambil inisiatif dengan sentiasa mengemaskinikan blog ini termasuklah dalam membuat refleksi sebelum dan semasa tugasan. Jadi dalam hal ini, tidak mempunyai access kepada Internet merupakan salah satu kekurangan saya dalam menjalankan tugasan ini.
Written by A'lia Najwa Bt Muhammad
No comments:
Post a Comment