Assalamualaikum
dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Puan Fatin dan rakan-rakan. Terima
kasih saya ucapkan kepada Puan Fatin kerana memberikan saya peluang untuk
melibatkan diri dalam tugasan seperti ini.
Pertamanya,
saya bersyukur kerana telah dapat peluang untuk sekumpulan dengan ahli kumpulan
saya iaitu; A’lia, Happy, Joshua dan Mei. Mereka semua telah banyak memberikan
komitmen sepanjang menjalankan tugasan ini.
Mengenai
refleksi saya, kekuatan saya dalam menjalankan tugasan ini adalah; saya adalah
antara yang pertama yang mengemukakan cadangan dan idea tentang cara untuk
mengendalikan tugasan kami. Selain itu, saya telah secra sukarelanya mencipta
emel dan blog khas untuk tugasan ini, supaya memudahkan ahli kumpulan saya yang
lain. Tambahan lagi, sekiranya terdapat ahli kumpulan saya yang lain
bertanyakan soalan mengenai tugasan ini, saya akan berusaha untuk membuat dia
faham dengan mengemukakan beberapa cadangan serta memaklumkan dengan lebih
jelas akan peranan masing-masing. Selain itu, sekiranya ahli kumpulan saya yang
lain mempunyai idea lain ataupun komen mengenai apa yang saya lakukan, saya
akan menerima teguran dan pandangan mereka secara terbuka dan berusaha untuk
menjalankan tugas dan peranan saya sebaik yang mungkin.
Jika
mengenai kelemahan saya pula, saya berpendapat kemudahan saya untuk mengakses
ke Wifi kolej merupakan salah satu kelemahan saya. Hal ini menyebabkan kerja
saya untuk mengupdate blog kami
ataupun menghantar laporan mengenai kajian kami tergendala. Selain itu, saya
juga terpaksa menggunakan Internet sendiri untuk melakukan perkara-perkara
tersebut, dan hal ini juga sedikit membebankan kerana Internet mudah alih saya
sebanarnya saya bercadang menggunakannya untuk membuat kerja-kerja lain. Selain
itu, kelemahan saya mungkin adalah saya tidak terlalu tegas dengan diri
sendiri. Hal ini dibuktikan apabila saya sering terlewat datang ke perjumpaan kami
selama beberapa minit disebabkan saya ada sedikit mengambil mudah akan hal ini.
Selain itu, jika terdapat ahli kumpulan saya yang lupa untuk melakukan
peranannya dengan elok, saya tidak bertegas dengannya untuk meyatakan kepadanya
apa yang septutnya dilakukan.
Saya
tidak mempunyai apa-apa masalah besar atau ancaman sebelum, semasa dan selepas
kajian ini dijalankan. Masalah kecil sepert terlewat datang ke perjumpaan atau
terdapat ahli kumpulan yang tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna juga
jarang berlaku. Perkara ini cuma berlaku di awal kajian kami. Selain daripada
itu, semua aktiviti kami dijalankan dengan agak baik.
Peluang
atau kebaikan yang saya peroleh melalui tugasan ini adalah saya mendapat
pengalaman untuk menemubual ahli organisasi tertinggi bagi kolej saya. Selain
itu, saya juga telah sedikit sebanya belajar cara-cara untuk berkomunikasi
dengan orang yang berjawatan; agar mereka menerima pelawaan kita untuk
menemubual mereka, cara-cara untk bertanyakan soalan kepada mereka tanpa
mengguriskan hati mereka dan juga tanpa ada apa-apa yang mungkin dapat
mencemarkan nama baik organisasi mereka.
Published by: Aiza Safura
No comments:
Post a Comment